Tuesday, March 31, 2009

HAPPY BIRTHDAY INA & ABANG MAHI


Ina (lima dari kiri) bersama rakan-rakan sepejabat di EON Melaka yang meraikan hari jadi beliau pada 31 Mac 2009

Selamat Hari Lahir, Didoakan Semoga Dilimpahi Rezeki, Kesihatan Yang Unggul & Ketenangan Jiwa kepada Ina (31 Mac 19XX) dan Abang Mahi (01 April 19XX). Tak silap ianya merupakan sambutan ulangtahun kelahiran yang ke "26" bagi Ina dan ke "40" bagi Abang Mahi (tu pun selepas tolak diskaun, tolak hari Sabtu & Ahad, tolak Cuti Umum dan tolak NCD 55%)... Terima kasih juga buat saudara Fahmy dan rakan-rakan yang menjayakannya...

Sunday, March 15, 2009

"Proton X-Change Programme" kini lebih menarik!


Program Tukar Kereta oleh Proton kini lebih menarik kerana semua model kereta baru Proton kecuali Proton Exora layak ditukar melalui program ini. Program "X-Change" yang mula diperkenalkan oleh Proton pada 2007 untuk model Proton Savvy kini dibuka untuk model-model kereta Proton lain seperti SAGA, SAVVY, SATRIA NEO, PERSONA, GEN 2, WAJA & PERDANA. Melalui program ini, kereta-kereta lama (tak kira apa model @ buatan) berusia lebih 10 tahun yang nilainya bawah RM5,000 akan diberi Baucer X-Change bernilai RM5,000 untuk ditukarkan dalam pembelian kereta-kereta baru Proton.